PRK Ayer Kuning: Bekas ADUN UMNO sertai Pas - Utusan Malaysia

PRK Ayer Kuning: Bekas ADUN UMNO sertai Pas

ABDUL Hadi Awang menerima penyerahan borang keahlian menyertai Pas daripada Wan Norashikin Wan Noordin di Tapah semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri A(DUN) Kampung Gajah dari UMNO, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin menyertai Pas.

Beliau yang menjadi ADUN selama dua penggal menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Kampung Tanjung Keramat di sini semalam.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri sejak 2020 hingga 2022.

Wan Norashikin bertanding pada PRU15 di kerusi sama namun tewas kepada calon PN, Zafarulazhan Zan mewakili Pas.

Pada pemilihan parti untuk jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, beliau kalah kepada anak bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya