Presiden China lawat Malaysia 15 hingga 17 April ini

Presiden China lawat Malaysia 15 hingga 17 April ini

ANWAR Ibrahim bergambar dengan Xi Jinping sebelum sesi perbincangan di Beijing, China pada 2023. - GAMBAR FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima kunjungan Presiden China, Xi Jinping bermula 15 hingga 17 April ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan bahawa lawatan itu bukan hanya dinantikan, malah sebahagian usaha Malaysia untuk mengeratkan hubungan dagang dua negara.

“Sebagai sebuah negara perdagangan yang mana kita ingin melihat hubungan perdagangan yang lebih baik dengan pelbagai negara termasuk negara China,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, maklumat penuh dan terperinci mengenai jadual lawatan akan dimaklumkan oleh Kementerian Luar dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai agenda utama perbincangan kedua-dua negara ketika lawatan Presiden China itu nanti, Fahmi berkata, perkara itu boleh dirujuk dengan Wisma Putra.

Difahamkan, lawatan Jinping ke Malaysia adalah lanjutan daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada November tahun lalu.

Kali terakhir Jinping melawat Malaysia adalah pada Oktober 2013 bagi lawatan negara selama tiga hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya