Polis terima 40 laporan terhadap akhbar bahasa cina

Polis terima 40 laporan terhadap akhbar bahasa cina

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 40 laporan sudah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang dalam bentuk tidak lengkap pada muka hadapan akhbar itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua laporan itu diterima sejak semalam sehingga hari ini di seluruh negara.

“Sudah ada 40 laporan hingga kini terhadap akhbar ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Razarudin sebelum itu memaklumkan, keterangan Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Pengarang akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily akan diambil berhubung kesilapan berkenaan.

Proses merakam keterangan itu akan dilakukan hari ini di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada pukul 1 tengah hari ini.

Keterangan kedua-duanya diambil memandangkan mereka yang meluluskan gambar bendera selain salah seorang merupakan grafik ilustrator gambar bendera tersebut.

Kes itu di siasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya di sini.

Tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap apabila tidak diletakkan bulan sabit.

Kesilapan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan akhbar tersebut sebagai tidak peka.

Dalam pada itu, akhbar berbahasa Cina itu tampil memohon maaf atas kesalahan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu.

Dalam satu kenyataan, agensi media berkenaan menjelaskan bulan sabit tidak kelihatan dalam ilustrasi tersebut disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya