Trump mungkin tangguh tarif jika ada negara berunding 'secara ikhlas' - Utusan Malaysia

Trump mungkin tangguh tarif jika ada negara berunding ‘secara ikhlas’

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada Rabu memaklumkan pentadbiran Presiden Donald Trump berkemungkinan besar menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas negara-negara yang sedang mengadakan rundingan perdagangan ‘secara ikhlas’ dengan AS, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Ways and Means Dewan Perwakilan AS, Bessent berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan 18 “rakan kongsi dagang penting” ke arah mencapai perjanjian perdagangan.

“Kemungkinan besar negara-negara itu atau blok perdagangan seperti dalam Kesatuan Eropah (EU), yang sedang berunding secara ikhlas, akan diberi penangguhan bagi membolehkan rundingan diteruskan.

“Jika ada yang tidak berunding, maka kami tidak akan melakukannya,” tambahnya.

Walaupun rundingan masih berjalan dengan beberapa negara, hanya beberapa perjanjian yang berjaya dimuktamadkan setakat ini.

AS setakat ini hanya mengumumkan satu perjanjian perdagangan rasmi dengan United Kingdom (UK) dan satu perjanjian rangka kerja dengan China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN