Polis rakam keterangan Ketua Pengarang, Timbalan Ketua Pengarang akhbar cina selama tiga jam

Polis rakam keterangan Ketua Pengarang, Timbalan Ketua Pengarang akhbar Cina selama tiga jam

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai mengambil selesai mengambil keterangan Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Pengarang akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merakam keterangan tersebut berjalan selama tiga jam. 

“Keseluruhan proses selesai pada jam 3.45 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 40 laporan sudah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang dalam bentuk tidak lengkap pada muka hadapan akhbar itu.

Razarudin berkata, kesemua laporan itu diterima sejak semalam sehingga hari ini di seluruh negara.

Sebelum itu, Razarudin memaklumkan, keterangan Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Pengarang akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily akan diambil berhubung kesilapan berkenaan hari ini.

Proses merakam keterangan itu akan dilakukan hari ini di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada pukul 1 tengah hari ini.

Keterangan kedua-duanya diambil memandangkan mereka yang meluluskan gambar bendera selain salah seorang merupakan grafik ilustrator gambar bendera tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963  dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya di sini.

Tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap apabila tidak diletakkan bulan sabit.

Kesilapan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan akhbar tersebut sebagai tidak peka.

Dalam pada itu, akhbar berbahasa Cina itu tampil memohon maaf atas kesalahan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu.

Dalam satu kenyataan, agensi media berkenaan menjelaskan bulan sabit tidak kelihatan dalam ilustrasi tersebut disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN