PKR Johor Bahru tidak setuju tukar kerusi Parlimen dengan BN

PKR Johor Bahru tidak setuju tukar kerusi Parlimen dengan BN

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (berdiri) menyantuni Mohamad Taufiq Ismail (duduk tengah) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pasir Gudang di Taman Kota Puteri, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Mohamad Taufiq Ismail tidak bersetuju dengan desas-desus pertukaran kerusi Parlimen Johor Bahru antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, hal itu kerana akar umbi PKR telah bekerja keras untuk menewaskan Tan Sri Shahrir Abdul Samad mewakili BN sebelum ini dan berharap agar tiada pertukaran kerusi Parlimen khususnya di bahagian Johor Bahru dalam waktu terdekat ini.

“Ya, memang ada kedengaran cadangan pertukaran beberapa kerusi Parlimen termasuk Johor Bahru dan Pasir Gudang, namun sebagai Ketua Cabang baharu, saya tegaskan kami tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

“Bukan mudah untuk kami peroleh kemenangan ini, jadi adalah penting untuk PH pegang kawasan Parlimen ini lebih lama bagi mengukuhkan akar umbi parti di selatan tanah air,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pasir Gudang, di Taman Kota Puteri, di sini hari ini.

Tambah Mohamad Taufiq, PKR Johor mempunyai tujuh kerusi Parlimen daripada keseluruhan 15 kerusi Parlimen PH di negeri ini, dan pihaknya yakin sokongan rakyat terhadap gabungan tersebut akan terus meningkat.

“Di peringkat Johor Bahru, kami mempunyai kerjasama erat dengan BN, khususnya UMNO. Namun hubungan erat itu tidak bermakna kita akan beri laluan kepada mereka untuk bertukar kerusi Parlimen.

“Sebaliknya biarlah kerjasama itu dibuat melalui kaedah lain. Pada masa sama saya juga mahu menambahkan bilangan ahli sekaligus meningkatkan jumlah ranting PKR sehingga menyamai jumlah cawangan UMNO,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya