Pesara syarikat pesisir pantai rugi RM109,500 ditipu pelaburan tidak wujud - Utusan Malaysia

Pesara syarikat pesisir pantai rugi RM109,500 ditipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara sebuah syarikat pesisir pantai di daerah ini mengalami kerugian sebanyak RM109,500 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud sejak 2023.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian bermula selepas lelaki berusia 57 tahun itu diperkenal rakannya tentang satu pelaburan saham yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pada 29 Januari 2023.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan pelaburan berkenaan kemudian bersetuju
mendengar penerangan daripada ejen pemasaran secara atas talian.

“Selepas mendengar penerangan itu, mangsa bersetuju menyertai pelaburan yang ditawarkan dan memilih pakej modal sebanyak RM150,000. Menerusi pakej itu, mangsa dijanji diberikan keuntungan (dividen) sebanyak 18 peratus setahun selama tempoh tiga tahun dengan bayaran keuntungan bernilai RM6,700 dibuat pada setiap tiga bulan selama tiga tahun.

“Mangsa kemudian membuat pindahan sebanyak RM150,000 pada hari sama dan menerima keuntungan sebanyak RM40,500 secara berperingkat selepas bayaran dibuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azli memberitahu mangsa tidak lagi menerima keuntungan seperti yang dijanjikan bermula 29 Oktober tahun lalu.

Katanya, dia yang mengesyaki ditipu sehingga mengalami kerugian RM109,500 membuat laporan semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya