Peruntukan RM30 juta lonjak modenisasi sawah luar jelapang

Peruntukan RM30 juta lonjak modenisasi sawah luar jelapang

MAHFUZ Omar menyerahkan satu unit jentuai mini dan satu unit traktor trek getah penuh pada Program Penyerahan Peruntukan di Bawah Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan dan Program Pengukuhan, Pemodenan Khidmat Mekanisasi dan Automasi Pertanian PPN di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sektor sawah padi luar jelapang terus mendapat perhatian apabila kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi memperkukuh pemodenan mekanisasi dan automasi pertanian di seluruh negara.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0).

Menurutnya, ia menyasarkan peningkatan pengeluaran makanan negara melalui penggunaan teknologi moden serta memperkasa kawasan luar jelapang yang mencecah 79,516 hektar sebagai penyumbang hasil strategik.

“Kita mahu luar jelapang pun menyumbang kepada pengeluaran beras negara. Ini penting bagi memastikan tahap sara diri terus meningkat, selaras dengan matlamat DAN 2.0.

“Kita mahu petani kita beralih kepada mekanisasi, bukan lagi cara tradisional sepenuhnya. Kita mahu keberhasilan lebih tinggi dengan kos pengeluaran lebih rendah dan dalam masa lebih singkat,” katanya.

LPP Melaka menerima peruntukan berjumlah RM508,000 daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mempertingkatkan keupayaan operasi sawah padi seluas 1,400 hektar di negeri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya