KANGAR: Perlis mengemukakan 61 cadangan projek bernilai RM3.3 bilion untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bermula tahun depan bagi merancakkan ekonomi negeri dan memperkukuhkan sektor-sektor strategik. Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, semua projek merangkumi pelbagai sektor penting, antaranya infrastruktur, pendidikan, pelancongan dan pertanian moden dengan semua cadangan dikemukakan kepada kerajaan Pusat melalui kementerian-kementerian berkaitan. Katanya, cadangan projek yang dikemukakan adalah bagi memastikan aspirasi baharu negara di…