Peratusan keluar mengundi masih rendah - SPR - Utusan Malaysia

Peratusan keluar mengundi masih rendah – SPR

RAMLAN Harun (tengah) meninjau proses pengundian PRK Ayer Kuning di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning segera keluar untuk mengundi dalam PRK tersebut.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, setakat pukul 11 pagi tadi jumlah pengundi yang keluar mengundi masih rendah iaitu 26.36 peratus.

“Kita melihat angka tersebut agak rendah,  jadi saya memohon kepada semua pengundi yang berdaftar di Ayer Kuning dapat keluar mengundi awal.

“Kita takut cuaca mungkin tidak mengizinkan pada sebelah petang kerana beberapa minggu ini nampaknya cuaca selalunya hujan pada sebelah petang.

“Saya sekali lagi menyeru agar semua pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor di sini hari ini.

Peratusan keluar mengundi terbaru yang dikeluarkan SPR mencatatkan 34.06 peratus setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Berhubung peratusan pengundi, Ramlan  yakin akan mencapai sekitar 70 peratus berdasarkan trend pengundian di beberapa PRK sebelum ini.

Berhubung kes berkaitan kesalahan sepanjang pilihan raya, Ramlan berkata, pihaknya menerima 36 laporan setakat ini berkaitan bahan kempen.

“Daripada jumlah tersebut, lima merupakan laporan polis. Alhamdulillah proses undian berjalan lancar di semua lebih daripada 60 pusat undi dan keadaannya tenang.

“Kita tutup pusat pengundian pada pukul 6 petang cuma ada satu pusat pengundian tutup pada pukul 4 petang.

“Kita menjangkakan seperti biasa dalam pukul 9 malam akan boleh umumkan keputusan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya