Penolong pengurus rugi RM579,000, terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Penolong pengurus rugi RM579,000, terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penolong pengurus sumber manusia sebuah syarikat berputih mata apabila wang simpanannya lebih RM579,000 lesap selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan dalam talian tidak wujud. 

Mangsa seorang wanita berusia 50-an itu terpedaya dengan keuntungan yang lumayan dijanjikan selepas berurusan dengan individu yang menawarkan skim pelaburan dalam talian yang kononnya berpangkalan di Taiwan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, mangsa yang berminat untuk melabur dalam pelaburan tersebut mula terjerat selepas diminta untuk muat turun sebuah aplikasi TS PRO ke dalam telefon bimbitnya.

“Mangsa kemudian telah memindahkan wang berjumlah RM207,110 ke dalam tujuh akaun yang diberikan untuk tujuan pelaburan. 

“Wang secara serahan tunai berjumlah RM372,000 juga turut dibuat mangsa semasa berada di Nilai kepada pihak yang mengaku sebagai wakil syarikat.

“Mangsa bagaimanapun telah ditipu semalam, selepas aplikasi yang dimuat turun tidak dapat diakses dan tidak dapat mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita di sini. 

Berikutan itu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek,”, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya