Peniaga burger dipenjara tujuh bulan, padah culik gadis OKU

Peniaga burger dipenjara tujuh bulan, padah culik gadis OKU

MOHD. SUKRI Md. Daud diiring anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menculik seorang gadis OKU.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang peniaga burger dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menculik seorang gadis orang kurang upaya (OKU) pembelajaran di sebuah taman permainan di Bukit Rambai Idaman di sini, minggu lalu.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin membuat membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh, Mohd. Sukri Md. Daud, 40, sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melarikan Nurin Wardina Hairi, 18, dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan dengan salah. 

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3 petang di taman permainan Taman Rambai Idaman 1, Bukit Rambai Idaman dalam daerah Melaka Tengah pada 5 April 2025.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman setimpal dikenakan kerana kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan membabitkan mangsa OKU. 

Peguam S. Amritpal Singh merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya seorang peniaga burger dan menyara tiga anak yang masih kecil.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 7 April 2025.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, polis menahan seorang lelaki di Sungai Petani, Kedah selepas disyaki melarikan gadis OKU dari Taman Rambai Idaman.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki itu telah membawa mangsa ke beberapa lokasi termasuk Seremban, Negeri Sembilan; Ipoh, Perak dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebelum ke kampung lelaki itu di Baling, Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya