KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, disemadikan dengan penuh istiadat kehormatan negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, di sini semalam.
Upacara pengkebumian berlangsung dalam suasana penuh hiba dengan kehadiran lebih 5,000 tetamu termasuk pemimpin negara, ahli keluarga, kenamaan serta orang ramai yang datang memberi penghormatan terakhir kepada tokoh negarawan itu.
Antara memberikan penghormatan terakhir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pukul 1 petang bersama barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Turut hadir Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Mengiringi sama adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.
Majlis turut dihadiri oleh kesemua bekas Perdana Menteri termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hadir bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beberapa tokoh politik kanan dan bekas menteri turut memberi penghormatan seperti Datuk Seri Shafie Apdal, Lim Guan Eng, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Syed Hamid Albar.
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam; Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Antara tokoh luar negara yang hadir ialah bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan pelakon tersohor negara, Tan Sri Michelle Yeoh.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berangkat memberi penghormatan terakhir. – UTUSAN