Pengajaran bahasa ASEAN di sekolah tidak pinggir mana-mana bahasa 

Pengajaran bahasa ASEAN di sekolah tidak pinggir mana-mana bahasa 

FADHLINA Sidek ditemui pemberita selepas meninjau proses penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang, semalam. UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Kementerian Pendidikan tidak akan mengenepikan mana-mana bahasa selepas cadangan untuk memperluaskan tawaran bahasa elektif di sekolah dengan memasukkan bahasa ASEAN seperti Thai, Khmer dan Vietnam. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, isu itu tidak sepatutnya timbul dan dipolemikkan kerana bahasa asing adalah bahasa yang sudah diperkenalkan di peringkat sekolah secara elektif.  

“Ada bahasa Jerman, Perancis dan pelbagai bahasa lagi. Jadi, tidak timbul soal kita mengenepikan mana-mana bahasa. 

“Malah, di sekolah vernakular, sememangnya bahasa Tamil dan Mandarin itu menjadi keutamaan dan bahasa utama mereka, selain mengutamakan bahasa Melayu. 

“Jadi, tidak ada apa-apa isu kerana bahasa yang kita cadangkan itu hanya sebagai alternatif atau elektif yang akan diperkenalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau proses penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang, hari ini.

Semasa sidang kemuncak Pendidikan ASEAN di Pulau Pinang, baru-baru ini, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan akan memperluaskan penawaran bahasa elektif di sekolah untuk memasukkan bahasa Mandarin, Tamil dan bahasa negara ASEAN lain. 

Jelasnya, usaha itu bagi menggalakkan kerjasama lebih erat antara negara ASEAN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya