Pemuda maut motosikal terbabas, langgar konkrit

Pemuda maut motosikal terbabas, langgar konkrit

KEADAAN motosikal mangsa selepas terbabas lalu melanggar konkrit di Jalan Kampung Pemberian-Manjor, dekat Laloh, Kuala Krai, Kelantan. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar konkrit di Jalan Kampung Pemberian-Manjor, dekat Laloh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi  itu, mangsa yang berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kampung Pemberian menghala ke Kampung Laloh.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang oleh mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar konkrit sebelum terjatuh ke dalam longkang. 

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya