Pelajar di bawah Mara dibuang serta merta jika terlibat masalah sosial

Pelajar di bawah Mara dibuang serta merta jika terlibat masalah sosial

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelajar di bawah Institut Pendidikan Mara (IPMa) yang didapati terlibat dengan masalah sosial akan dibuang pengajian mereka serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sehubungan itu berharap agar peruntukan RM200 juta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tujuan meningkatkan keupayaan internet tidak disalahgunakan oleh pelajar.

“Kita akan memastikan internet berkelajuan tinggi ini tiada elemen seksual di antara pengguna atau pelajar di sini. Sekiranya ada, saya arahkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi untuk membuang pelajar tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), hari ini.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, capaian internet yang laju dan meluas tidak bermakna sekiranya ia digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat.

Beliau justeru akan bekerjasama dengan Mara bagi menggerakkan kempen Internet Selamat.

“Internet yang laju, meluas, murah namun yang lebih penting adalah internet yang lebih selamat. Semalam polis Kelantan kata jenayah rogol dalam kalangan anak-anak muda di sana naik.

“Ada juga laporan anak muda telah menghasilkan kandungan lucah rakan sekelas gunakan kecerdasan buatan.

“Jadi saya rasa serba salah justeru kita berusaha bersungguh sungguh menyelesaikan masalah internet. Saya tidak mahu internet disalahguna untuk aktiviti jenayah dan sebar fitnah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN