GEORGE TOWN: Paras air di dua empangan utama di Pulau Pinang, iaitu Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, terus mencatatkan penurunan berbanding empat hari lalu. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu kenyataan, berkata, kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang kini berada pada 46.4 peratus, turun sebanyak 0.9 peratus berbanding 47.3 peratus sebelum ini. Bagi Empangan Air Itam, paras air juga menunjukkan penurunan dengan kapasiti efektif semalam mencatatkan 55.2…










