Operator direman, cabul kenalan permainan video

Operator direman, cabul kenalan permainan video

SUSPEK direman enam hari bermula hari ini selepas dipercayai mencabul seorang pelajar lelaki di sebuah asrama di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang operator kilang direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki mencabul pelajar lelaki di sebuah asrama di sini, dua minggu lalu.

Perintah reman sehingga 4 Mei itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap suspek berusia 23 tahun.

Ini bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Difahamkan, kejadian terbongkar selepas guru mangsa mendapati suspek kerap berjumpa pelajar itu di kawasan asrama.

“Suspek sering dilihat berdua-duaan dengan mangsa dalam sebuah kereta berhampiran sekolah. Siasatan turut mendapati mangsa mengenali suspek menerusi permainan video dalam talian,” katanya.

Suspek dikatakan mengajak mangsa berbual secara lucah sebelum mengurut kemaluan remaja itu, setiap kali mereka berjumpa.

“Ibu mangsa berusia 49 tahun kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Banda Hilir pada 23 April lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN