Najib beri penghormatan akhir kepada Pak Lah

Najib beri penghormatan akhir kepada Pak Lah

NAJIB  Tun Razak berpelukan dengan menantu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri ke-5 itu di Masjid Negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi penghormatan akhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara. 

Najib meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk bertemu menziarahi jenazah Abdullah selepas tiba kira-kira pukul 10.35 pagi. 

Terdahulu, Najib mendapat kebenaran untuk hadir ke pengebumian jenazah Allahyarham, hari ini.

 

 

Dilaporkan Najib mendapat keizinan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Abdullah ketika perbicaraan beliau yang kini sedang berlangsung di Mahkamah Kuala Lumpur.

Najib memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Abdullah bermula 7 Jan 2004 hingga 3 April 2009.

Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun malam semalam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Doktor yang bertanggungjawab merawat Pak Lah di IJN memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami masalah pernafasan lalu dimasukkan ke dalam wad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Allahyarham merupakan Perdana Menteri kelima yang berkhidmat dari tahun 2003 sehingga 2009 bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN