Musim candat sotong: Pencerobohan nelayan asing meningkat 

Musim candat sotong: Pencerobohan nelayan asing meningkat 

SAIFUL  Lizan Ibrahim (tengah) menyaksikan serah terima tugas Mohd. Khairulanuar Abd. Majid@Razali (kiri) kepada Hamiludin Che Awang pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri Terengganu di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kawasan pengairan Terengganu menjadi tumpuan nelayan asing melakukan pencerobohan untuk mencuri hasil laut pada musim mencandat sotong bermula bulan ini hingga September.

Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, dalam tempoh tersebut, nelayan asing  terlibat memasuki perairan negeri ini bagi menangkap sotong.

Sehubungan itu, katanya, Agensi Penguatkuasa Angkatan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meningkatkan rondaan dalam usaha mengekang kegiatan pencerobohan nelayan asing dalam tempoh berkenaan.

“Lambakan sotong dalam tempoh tersebut menarik minat nelayan asing menceroboh pengairan Terengganu,” katanya selepas menyaksikan  Majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Terengganu di sini, hari ini.

Pada majlis itu, bekas Pengarah Maritim Terengganu, Mohd. Khairulanuar Abd Majid@Razali menyerahkan tugas kepada Pengarah Maritim Terengganu baharu, Hamiludin Che Awang.

Saiful Lizan berkata, sebanyak 40 buah bot nelayan asing telah ditahan atas kesalahan mencerobohan perairan Terengganu sejak September 2022.

Menurutnya, nilai rampasan bot tersebut termasuk peralatan dan hasil laut dianggarkan bernilai lebih RM15 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya