PETALING JAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan berkaitan penciptaan konsep Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun.
MITI dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan sedang mengumpul semua maklumat berhubung dakwaan yang kini tular di media sosial.
“Kementerian mengambil maklum terhadap dakwaan yang turut dilaporkan oleh pihak media. Kini, kami sedang mengumpul dan mengesahkan semua fakta berkaitan dakwaan yang dibuat oleh individu terbabit di media sosial.
“Kami memandang serius perkara ini dan akan mempertahankan segala hak perundangan kementerian,” katanya.
Menurut kenyataan itu, MITI sentiasa komited terhadap tahap integriti dan pematuhan yang tertinggi dalam setiap urusan dan bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.
Dakwaan itu melibatkan seorang pereka tempatan yang mendakwa konsep reka bentuk asal Pavilion Malaysia.-UTUSAN