METMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Balik Pulau esok

METMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Balik Pulau esok

MET MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Balik Pulau, Pulau Pinang, esok.

METMalaysia menerusi kenyataan berkata, ujian itu akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari sebagai sebahagian daripada proses Site Acceptance Test (SAT) bagi menguji sistem siren tsunami baharu di kawasan tersebut.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya terdengar bunyi siren berkenaan kerana ia hanya melibatkan ujian sistem dan bukan amaran sebenar.

“METMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN