Maut kemalangan selepas hantar nasi kerabu

Maut kemalangan selepas hantar nasi kerabu

KEADAAN motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Tangga Batu, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Tangga Batu di sini, pagi tadi.

Mangsa, Nurnie Alisya Mohamed Noor, 15, yang juga seorang peniaga nasi kerabu dipercayai dalam perjalanan ke gerai jualannya sebelum motosikal Yamaha 135LC ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori milik sebuah syarikat logistik.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi ketika lori yang dipandu lelaki berusia 43 tahun itu sedang melalui laluan utama dari arah Tangga Batu ke Ayer Keroh.

“Siasatan awal mendapati mangsa memotong dari sebelah kiri jalan untuk ke gerai yang terletak di sebelah kanan lalu memasuki laluan lori tersebut, menyebabkan pelanggaran berlaku.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN