SUBANG JAYA: Majoriti penduduk di Kampung Kuala Sungai Baru mengakui masih terkenang kejadian letupan paip gas di Putra Heights di sini yang mengakibatkan rumah mereka rosak dan hangus serta meninggalkan trauma mendalam. Sebaik sahaja dibenarkan memasuki kawasan penempatan itu, pengalaman dihujani batu-batu kecil yang panas kembali menerjah pemikiran mereka. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, rumah-rumah yang berdekatan turut terkesan walaupun jarak kediaman mereka 500 meter dari pusat letupan. Mangsa yang tinggal…