Marissa Dania mahu hentikan perang media sosial, pilih selesaikan kemelut secara peribadi - Utusan Malaysia

Marissa Dania mahu hentikan perang media sosial, pilih selesaikan kemelut secara peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagai tiada kesudahan, kini giliran anak kepada Abby Abadi, Marissa Dania pula memuat naik kenyataan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku secara peribadi.

Menurut Marissa, dia ingin cuba meleraikan perang media sosial di antara ibunya, Abby dan suaminya, Aslam dengan baik selain enggan memanjangkan isu tersebut kepada umum.

“Untuk menjernihkan keadaan, saya pun seperti kalian semua baru dapat tahu semua kenyataan petang tadi.

“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas membalas di media sosial,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Marissa turut memohon agar tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan selain memberi ruang untuk mereka selesaikan konflik itu secara harmoni.

“Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini. Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” tulisnya.

Terdahulu, perang media sosial antara mentua dan menantu itu tercetus apabila Aslam membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby meskipun mendakwa dirinya sudah melakukan perkara itu secara peribadi.

Bagaimanapun, Abby tampil menyelar kenyataan menantunya itu dan meminta Aslam mengemukakan bukti secara terperinci mengenai permohonan maaf tersebut termasuk masa dan situasi perkara tersebut berlaku.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya