Mangsa kebakaran mengeluh sukar dapat sewa rumah, pemilik

Mangsa mengeluh sukar dapat rumah sewa, pemilik minta deposit tinggi

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights di sini buntu untuk mencari rumah sewa bagi didiami apabila kebanyakan pemilik didapati meletakkan deposit tinggi kepada mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memberikan tawaran membiayai selama enam bulan untuk mencari tempat tinggal sementara kepada mangsa, namun ia belum cukup untuk menanggung kos itu.

Kata beliau, pemilik rumah perlu bertimbang rasa dengan tidak menyulitkan keadaan mangsa yang sudah kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran tersebut.

“Sebahagian mereka ada yang jumpa tempat (rumah sewa), mereka berurusan dan mereka dikenakan deposit tinggi dua hingga tiga bulan.

“Sementara mereka ditimpa ujian, pihak kerajaan negeri menawarkan bantuan segera tetapi ada kedudukan di mana tuan rumah masih mengekalkan urusan biasa, tiga bulan deposit dan sebagainya. Ini akan menyulitkan keadaan mereka,” katanya ketika hadir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, hari ini.

Tambahan Saifuddin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan sesi libat urus bersama kerajaan negeri bagi membantu mangsa yang berdepan kesukaran mendapatkan rumah sewa.

“Bagi saya, perkara ini menyulitkan lagi keadaan mangsa yang sudah sedia terjejas. Oleh itu, kita akan adakan sesi libat urus untuk membincangkan semula perkara ini dan mencari jalan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya turut mengambil tindakan segera dengan membuka kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen sejurus kejadian berlaku.

Katanya, kaunter berkenaan diwujudkan bagi membantu mangsa mendapatkan semula dokumen penting yang musnah dalam insiden tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya