Malaysia sedia kerjasama dengan China pelbagai bidang termasuk AI  

Malaysia sedia kerjasama dengan China pelbagai bidang termasuk AI  

ANWAR Ibrahim menyambut ketibaan Xi Jinping di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia bersedia untuk terus bekerjasama rapat dengan China dalam pelbagai bidang utama termasuk ekonomi, perniagaan, pelaburan dan teknologi, khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).

 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama tersebut telah sekian lama dibincangkan antara dua negara yang turut melibatkan semua bidang berkaitan.

 “Malaysia mengalu-alukan kedatangan Presiden China, Xi Jinping ke negara ini, bukan saja sebagai Presiden kepada sebuah negara besar, tetapi juga sebagai sahabat yang sejati.

 “Seperti yang saya nyatakan ketika pertemuan kita di China, Presiden Xi menunjukkan satu persona baharu, kepemimpinan, bercakap mengenai pertumbuhan dan pelaburan serta kemajuan ekonomi.

 “Beliau bercakap mengenai membasmi kemiskinan dan membuktikan kejayaannya dan lebih penting, mengenai kemakmuran dan tamadun yang dikongsi bersama, yang hampir tidak dizahirkan oleh mana-mana pemimpin moden di dunia ini,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Dua Hala antara Malaysia dan China di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

 Selepas mesyuarat berkenaan, kedua-dua pemimpin menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

 Perdana Menteri juga akan menganjurkan majlis makan malam rasmi di Kompleks Seri Perdana bagi meraikan Xi tiba di Malaysia petang semalam, untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

 Anwar berkata, ketika pertemuan beliau dengan Xi di China sebelum ini, pandangan pemimpin itu mengenai lembaran baharu yang membawa kepada kejayaan dan kemajuan ekonomi kedua-dua negara.

 Katanya, ia melalui kepimpinan berwibawa dan pandangan bersama yang mementingkan nilai ketamadunan.

 “Presiden Xi telah berkongsi tentang satu bab baharu dalam kepimpinan yang menekankan kejayaan ekonomi serta pelaburan masa depan.

 “Lebih penting, beliau membawa perspektif bersama yang menampilkan nilai peradaban yang jarang dibawa oleh mana-mana pemimpin dunia moden,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya