Malaysia akan perkemas dasar dan perundangan perubahan iklim

Malaysia akan perkemas dasar dan perundangan perubahan iklim

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim.-FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan terus memperkemas dasar dan perundangan berkaitan perubahan iklim berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan kuasa negeri bagi memastikan tindakan iklim dapat dilaksanakan secara berkesan di semua peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha memelihara alam sekitar tidak boleh digalas oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan penyertaan menyeluruh daripada semua lapisan masyarakat termasuk sektor ekonomi, agensi berkaitan dan rakyat.

“Saya tegaskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim bahawa usaha melindungi alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. 

“Kita perlukan sinergi merentas sektor bagi memastikan hasil yang mampan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau turut merujuk kepada kejayaan negara-negara seperti United Kingdom (UK) dan China yang menunjukkan bahawa dasar serta undang-undang perubahan iklim yang mantap mampu memberi pulangan yang tinggi.

Malah, ia juga dapat membantu negara tersebut menangani impak perubahan iklim dengan lebih efektif.

“Contohnya melalui penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN), kita dapat merangka pendekatan jangka panjang yang lebih menyeluruh serta kukuh,” katanya.

Katanya, langkah itu adalah sejajar dengan komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Paris, yang menuntut tindakan kolektif dan konsisten demi memastikan masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN