Maklumat terkini, ilmu agama perlu selari lawan sumbang mahram

Maklumat terkini, ilmu agama perlu selari lawan sumbang mahram

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri (tengah) bersalaman dengan peserta pada  program Seminar Kebudayaan Islam 2025 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pendedahan maklumat terkini dan penerapan ilmu agama yang bergerak secara seiring mampu menjadi benteng kepada generasi muda hari ini dalam melawan sumbang mahram.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri  berkata, selain itu adab dan batas pergaulan antara lelaki dan wanita dalam keluarga perlu diberikan perhatian oleh golongan ibu bapa.

“Tidak dinafikan remaja hari ini mudah memperoleh maklumat termasuk berkaitan isu-isu seksual dengan hanya membuat carian di internet. jika perkara ini tidak dibendung, dibimbangi ia boleh mempengaruhi emosi, jiwa dan juga akal, anak-anak untuk mencuba.

“Oleh itu, tapisan dan pemantauan perlu segera dilakukan supaya anak-anak tidak mudah terjebak. Saya juga berpandangan supaya perkara perkara-perkara yang bersifat songsang perlu diberikan penekanan supaya mereka tahu apa itu lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT),” katanya kepada pemberita selepas Seminar Kebudayaan Islam 2025 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Zulkifli memberitahu, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dengan memberikan penerangan melalui hebahan berkaitan isu sumbang mahram.

“Peringatan dan  penekanan mesti diteruskan, hal ini kerana manusia ni sentiasa berubah seiring dengan maklumat semasa,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Polis Kelantan mendedahkan kanak-kanak perempuan di Kelantan di kesan terlibat dengan sumbang mahram seawal usia 10 tahun berpandukan kepada laporan yang diterima oleh pihaknya setakat ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN