Makin seksi, penampilan Daiyan Trisha tuai kecaman - Utusan Malaysia

Makin seksi, penampilan Daiyan Trisha tuai kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tak ada baju lain ke Daiyan?”

Demikian teguran netizen yang kurang senang dengan penampilan pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha yang dikatakan semakin seksi.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Daiyan didandan oleh seorang jurusolek terkemuka tampil mengenakan gaun bertali halus yang mendedahkan bahagian dadanya.

Perkongsian tersebut sekali gus menuai pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya mengecam cara pemakaian pelakon drama bersiri Projek: High Council itu.

Malah, ada juga yang menyifatkan usahanya untuk memperbaiki diri dengan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah sebelum ini merupakan perkara yang sia-sia.

“Sia-sia saja dia pergi ke Makkah,” komen seorang netizen.

“Saya lebih suka Daiyan yang dulu. Dia lebih cantik berbanding sekarang,” kata seorang lagi netizen.

“Macam baju tidur rupanya. Ingat-ingatlah kita dah hujung-hujung ini,” komen netizen.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah pihak yang membela penyanyi itu dan menegur tindakan netizen yang mempertikaikan ibadahnya.

“Sibuk cakap pasal dia pergi Makkah banyak kali. Tahu tak ini ujian untuk kita dari mengata dan betulkan hati. Lebih baik doakan dia,” kata seorang warganet.

“Sedih tengok komen sampai menghukum dia pergi Makkah. Selagi kita ini hamba Allah, tidak kisahlah kita pendosa pun kalau Allah nak jemput kita, Allah jemput,” komen seorang pengguna media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN