Macam ‘Tom’ dan ‘Jerry’, Norman berbaik dengan Abby Abadi - Utusan Malaysia

Macam ‘Tom’ dan ‘Jerry’, Norman berbaik dengan Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Drama amukan Abby Abadi terhenti apabila pelakon Gerak Khas itu sudah berbaik dengan bekas suami, Norman Hakim, semalam.

Dalam sebuah video yang tular, Norman datang ke rumah pelakon itu ditemani isteri, Memey Suhaiza serta anaknya, Marissa Dania bagi sesi memujuk.

Ketika itu Abby sedang melakukan sesi siaran langsung di TikTok sebelum Norman datang membawa bunga dan menyatakan hasrat untuk berdamai.

Sementara itu, Abby juga dilihat sebak memeluk anaknya, Marissa Dania dan kemudian memilih menamatkan sesi siarab langsung.

Tidak lama selepas itu, mereka sekeluarga dilihat keluar bersama untuk sesi makan malam di sebuah restoran.

“Tom, Jerrry,” tulis Norman. Turut kelihatan dirinya menunjukkan berita video tersebut ialah Memey yang turut memeluk erat Abby Abadi.

Dalam hantaran lain, Norman yang juga pelakon Pasrah itu juga menjelaskan mereka sekeluarga sudah bercakap mengenai hal keluarga secara bersemuka.

“Pebincangan sangat mendalam sambil makan malam.

“Terima kasih Allah serta semua kerana mendoakan yang baik-baik buat kami.

“Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung,” tulisnya.

Terdahulu, kontroversi membabitkan Abby Abadi, Norman Hakim dan Marissa Dania kembali menjadi topik hangat warganet.

Abby mendedahkan Norman culas membayar nafkah anak-anak selain menyifatkan perkahwinannya dengan Norman dahulu sebagai satu kesilapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN