Lokasi penggambaran diceroboh 'Pak Belang', Farid Kamil syukur masih selamat - Utusan Malaysia

Lokasi penggambaran diceroboh ‘Pak Belang’, Farid Kamil syukur masih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Farid Kamil, 43, berkongsi pengalaman mencemaskan apabila salah satu lokasi penggambaran asal beberapa babak dalam filem Telaga Suriram diceroboh ‘Pak Belang’.

Kata Farid, keadaan itu mengakibatkan penggambaran serta merta dibatalkan dan seluruh produksi serta merta diminta meninggalkan kawasan berkenaan.

“Penggambaran pada awalnya dibuat pada waktu malam di Bukit Kayu Hitam dekat sempadan Malaysia – Thailand.

“Proses berlaku pada waktu malam, dimana kru dan pelakon diminta bersiap seawal 6 petang.

“Sebelum penggambaran bermula, pengarah iaitu Osman Ali didatangi polis hutan yang memaklumkan pihak mereka mengesan kehadiran harimau di kawasan berdekatan.

“Atas faktor keselamatan, kami semua diminta mengemas peralatan dan dinasihatkan segera meninggalkan kawasan tersebut. Saya bersyukur tiada perkara tak diinginkan menimpa kami semua,” kongsinya.

Farid berkata demikian pada malam gala filem Telaga Suriram di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas tentang babak intim yang dilakonkan dengan Maya Karin, Farid memaklumkan babak itu dengan kaedah permainan kamera tanpa membabitkan sentuhan.

“Sepanjang bergelar pelakon saya tak pernah melakonkan babak intim. Bukanlah mahu mengikuti garis panduan, tapi saya selagi boleh mahu menjaga batas.

“Tapi babak intim memang ada dalam skrip Telaga Suriram. Jadi kami guna permainan angle kamera untuk melakonkan babak ini tanpa perlu bersentuhan,” katanya.

Telaga Suriram turut dibintangi Maya Karin, Nabila Huda, Ellie Suriaty, Scha Al-Yahya dan ramai lagi. Filem seram ini bakal menghantui pawagam pada 1 Mei ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya