Letak duit syiling sebagai identiti

Letak duit syiling sebagai identiti

ROHAIDI Dolah menunjukkan duit syiling lama yang dilekatkan pada sebatang joran sebagai tanda identiti pembuatannya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Bukit Baru Dalam, Bukit Baru, Melaka. – MINGGUAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dek minat yang mendalam terhadap aktiviti memancing, seorang pesara menjadikan pengubahsuaian joran sebagai sumber pendapatan sampingan.

Pemilik Atok Kreatif Enterprise, Rohaidi Dolah, 54, berkata, pada awalnya dia membuat kelainan pada joran sendiri untuk kepuasan diri sebelum ‘sentuhan’ estetika itu disedari rakan pemancing lain.

Katanya, sejak itu dia mendapat banyak pertanyaan dan permintaan daripada kaki pancing untuk mengubahsuai joran mereka menjadi lebih menarik.

“Pengubahsuaian ini melibatkan bahagian pemegang, jumlah cincin digunakan, kekuatan batang joran dan tempat untuk meletakkan gear pancing. Semua peralatan akan dibeli secara berasingan mengikut spesifikasi dimahukan pelanggan.

“Sebatang joran mengambil masa kira-kira tiga hari untuk di­siapkan. Setiap joran akan menjalani beberapa ujian termasuk lenturan agar dapat bertahan ketika menaikkan ikan,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia.

Tambah Rohaidi, dia meletakkan sekeping duit syiling pada bahagian bawah pemegang joran sebagai ‘tanda’ hasil kerjanya.

Menurutnya, duit syiling RM1 lama berwarna emas atau syiling yang jarang ditemui menjadi pilihan untuk diletakkan pada bawah pemegang menggunakan cecair epoksi.

“Saya mahu setiap orang yang melihat joran ini tahu siapa yang membuatnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya