Lelaki warga emas didakwa cabul budak perempuan 10 tahun

Lelaki warga emas didakwa cabul budak perempuan 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Tan Geok Soo, 62, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim,  Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dengan cara memeluk dan mencium pipi mangsa bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 7 pagi di tempat pembuangan sampah Pangsapuri Puteri Kesidang dalam daerah Melaka Tengah pada 21 April lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan kerana tinggal di kawasan perumahan sama.

Peguam S. Suresh yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya sudah berusia dan mengalami masalah pendengaran telinga kanan serta penyakit kencing manis kronik yang memerlukan suntikan insulin dua kali sehari.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 oleh ahli keluarga terdekat dan membenarkan syarat tambahan dipohon pendakwaan serta menetapkan tarikh 19 Jun depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya