Lawatan delegasi MITI ke AS positif

Lawatan delegasi MITI ke AS positif

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lawatan delegasi Malaysia ke Washington DC diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru-baru ini membuahkan pandangan positif.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Tengku Zafrul telah memberi laporan hasil lawatan itu kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.

“Tengku Zafrul memberi laporan mengenai langkah seterusnya di mana beberapa perkara dan sektor yang akan menjadi keutamaan dalam perbincangan (Tarif Trump). Jadi kita serahkan kepada Miti untuk bincang sepenuhnya,” katanya pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Katanya, pada sidang khas Parlimen Isnin ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi kenyataan berhubung dasar dan pendirian kerajaan serta langkah-langkah yang akan diambil kerajaan berhubung tarif itu.

Sidang khas Parlimen pada 5 Mei ini akan memberi peluang kepada blok kerajaan dan pembangkang berkongsi pandangan mengenai tarif dikenakan Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Tengku Zafrul memaklumkan, Malaysia mengambil langkah proaktif dalam menangani isu tarif timbal balas yang diumumkan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan mengemukakan empat bidang utama untuk rundingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya