Lagu baharu untuk Eda Ezrin selepas keluar penjara

Lagu baharu untuk Eda Ezrin selepas keluar penjara

EDDIE Hamid (berdiri) bersama anak yatim di Majlis Hari Raya Kelab Peminat Eddie Hamid Bersama Anak Yatim dan Sempena Pelancaran Lagu D’recond Band (Demo Tok Jujur) di Menara Tinjau, Tambatan Diraja Kota Bharu, Kelantan. - MINGGUAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penerbit dan komposer terkenal tanah air, Eddie Hamid sudah sedia menggubah lagu baharu untuk Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau Eda Ezrin, 30, jika penyanyi lagu Bea Sobar Bea itu dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat.

Katanya, lagu yang bakal dinyanyikan Eda Ezrin adalah dengan rentak perlahan dan sentimental, yang akan berduet dengan Den Manja manakala tajuknya difikirkan kelak.

Beliau berkata, pada masa sama keputusan untuk menyanyi semula bergantung kepada Eda Ezrin.

“Setakat ini , saya sudah sedia merekodkan lagu baharu untuk Eda Ezrin dan Den Manja dengan tajuk bersesuai  dan lebih kepada lagu slow sedikit tetapi bukan Islamik. Mungkin lagu yang sentimental ada kesedaran dan lain-lain serta tiada lagi gedik-gedik.

“Eda Ezrin baru-baru ini juga ada tulis surat kepada saya dan jangan lupa kepadanya. Memang saya kena tunggu dialah untuk rekod lagu baharu,” katanya  pada Majlis Hari Raya Kelab Peminat Eddie Hamid Bersama Anak Yatim dan Sempena Pelancaran Lagu D’recond Band (Demo Tok Jujur) di Menara Tinjau, Tambatan Diraja di sini, semalam.

Eddie berkata, sebelum ini, perancangan awal tajuk lagu Tokleh Nok Soba untuk Eda Ezrin tetapi ia terpaksa ditukar dan pada sama sama sudah berbincang dengan Den Manja.  

Ketika ditanya mengenai perjalanan seni Eda Ezrin selepas keluar dari penjara nanti, beliau berkata, nyanyian itu adalah periuk nasinya.

Katanya, untuk tempoh satu hingga dua bulan ini, mungkin Eda Ezrin berehat sementara.

“Cuma saya takut dia tokse (tidak mahu) nyanyi dah tetapi saya rasa itu periuk nasi.

“Tidak nafikan ada lagu yang digantikan oleh penyanyi lain sebelum ini (Bea Soba Raya) memang saya berpuas hati, tetapi peminat fanatik suka dia (Eda Ezrin),  jadi kena mahukan dia juga,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN