PETALING JAYA: Sebuah kilang alat ganti kereta di Jalan P4/8 Bandar Teknologi Kajang dekat sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 6.05 pagi itu menyebabkan kilang berkenaan terbakar hampir 40 peratus.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 17 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dibantu BBP Bangi tiba di lokasi, lapan minit sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Sebaik tiba, bomba dapati sebuah kilang alat ganti kereta bangunan kelas A terbakar. Kebakaran berjaya dikawal selepas kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN