Ketua balai polis positif dadah ketika berhibur ditahan

Ketua balai polis positif dadah ketika berhibur ditahan

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan penahanan seorang ketua balai polis selepas berhibur dan mengambil jus disyaki mengandungi dadah di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, dekat sini pada Jumaat lalu.

Penahanan pegawai kanan berusia 43 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada pukul 5.05 petang selepas pemeriksaan mengejut haail aduan dan maklumat.

Malah ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin, benzo.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pegawai polis terbabit.
Beliau berkata, pegawai kanan berkenaan direman dua hari bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat Polis Selangor mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN