Kertas siasatan Abang Belon dirujuk ke Jabatan Peguam Negara

Kertas siasatan Abang Belon dirujuk ke Jabatan Peguam Negara

SUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga kertas siasatan yang dibuka berhubung insiden kekecohan melibatkan peniaga belon dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) baru-baru ini dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja.

“Satu lagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung sebuah laman web yang dikaitkan de­ngan kes tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar operasi Cyber Guardian di Bukit Aman, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, peniaga belon berkenaan yang digelar ‘abang belon’ oleh warganet, mempu­nyai 13 rekod kesalahan lampau, majoritinya berkaitan kes dadah.

Sumber turut memaklumkan bahawa suspek sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah bagi enam daripada kes tersebut.

Sementara itu, Mohd. Shuhaily menasihatkan orang ramai agar tidak terbawa-bawa dengan emosi dan menggesa mereka supaya sentiasa mematuhi undang-undang. – UTUSAN

ADS:D
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN