PETALING JAYA: Kerajaan bercadang untuk menaikkan elaun anggota sukarelawan Agensi Pertahanan Awam (APM) daripada sehingga RM80 sehari berbanding RM40 sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan kadar tersebut dilihat wajar dengan mengambil kira tugas serta tanggungjawab yang dipikul anggota terbabit terutama dalam aspek pengurusan bencana.
Katanya, cadangan itu akan dibincangkan bersama di peringkat kepimpinan tertinggi Jemaah Menteri dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
“Saya lihat ada anggota dan pegawai APM yang sanggup mengetepikan perayaan bersama keluarga untuk membantu mangsa ketika kejadian kebakaran di Putra Height, Puchong baru-baru ini.
“Saya mahu peranan APM diiktiraf dan elaun yang diberikan untuk kerja sukarela hanya RM 40 sehari. Justeru saya yang turut berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sudah berbincang agar disama rata (elaun) dengan sukarelawan lain iaitu sebanyak RM80,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Penutup Bulan Pertahanan Awam Tahun 2025 di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan memberikan sijil penghargaan kepada semua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang membantu mangsa gempa bumi kuat di Myanmar baru-baru ini selepas berjaya mengharumkan nama negara










