Keputusan SPM 2024 diumum 24 April

Keputusan SPM 2024 diumum 24 April

SIJIL Pelajaran Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada 24 April ini.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM 2024 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui beberapa kaedah seperti secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my dan menerusi kaedah sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Semua sistem akan diaktifkan mulai 10 pagi 24 April hingga 6 petang 30 April.

“KPM turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2024 dan berharap kejayaan yang diraih akan menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN