Keputusan rayuan kes Syed Saddiq 25 Jun ini

Keputusan rayuan kes Syed Saddiq 25 Jun ini

SYED Saddiq
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Jun ini untuk keputusan kes rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mengetepikan sabitan serta hukuman atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Tarikh itu dimaklumkan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, dalam prosiding semalam.

Prosiding dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mah­kamah Rayuan, Muhammad Noor Firdaus Rosli. 

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atasnya.

Antara hujahan pihak pembe­laan ialah pengeluaran dana Armada berjumlah RM1 juta dibelanjakan bagi program-program kebajikan parti dan bukan untuk kepentingan peribadi.

Pembelaan bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat pula mengemukakan bukti-bukti re­sit yang menunjukkan Syed Saddiq menggunakan duit miliknya sendiri daripada akaun ASB berjumlah RM170,000 melebihi sumbangan orang awam yang diperoleh sebanyak RM120,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN