KOTA BHARU: Kerajaan negeri hari ini membentangkan beberapa projek yang menjadi keutamaan rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, proses tersebut berjalan lancar dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada Perdana Menteri.
“Perkembangan positifnya adalah beberapa projek yang kita minta telah pun dipertimbang dan diluluskan untuk kerja-kerja awalan.
“Antaranya adalah projek jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang, jalan besar Pasir Hor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), projek tebatan banjir serta berkaitan bekalan air bersih,” katanya selepas Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini. – UTUSAN