Kebakaran: Lebih RM7.3 juta kerugian di Terengganu

Kebakaran: Lebih RM7.3 juta kerugian di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lebih RM7.3 juta nilai kerugian direkodkan akibat kes kebakaran yang berlaku di seluruh Terengganu dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Basri Kamarazaman berkata, sepanjang operasi kebakaran dalam tempoh tersebut , anggota JBPM Terengganu menyelamatkan harta benda dianggarkan bernilai lebih RM9 juta.

Katanya, antara kategori kebakaran yang menyumbang kepada kerugian tersebut ialah kebakaran bangunan dan isinya, kenderaan, alat perkakas, mesin serta kebakaran terbuka melibatkan belukar dan lalang.

“Terdapat peningkatan kes kebakaran melibatkan premis kediaman dan bangunan sepanjang musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini, dengan 10 kes dilaporkan termasuk satu kematian,” katanya hari ini,

Menurut beliau, pendawaian tidak selamat antara punca utama kebakaran musim perayaan dan kebanyakan insiden berlaku ketika cuaca hujan.

“Antara faktor utama dikenal pasti ialah sambungan pendawaian secara tidak mengikut spesifikasi serta penggunaan soket melebihi kapasiti. Pendawaian disambung dengan pelbagai cara hingga berlaku litar pintas. Ketika musim perayaan, penggunaan soket elektrik melebihi kapasiti asal boleh menyebabkan ‘overload’ dan mencetuskan kebakaran,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya