SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja yang disembunyikan dalam bungkusan makanan haiwan dianggar bernilai RM20.57 juta di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu. Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman berkata, berdasarkan maklumat risikan, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Zon Tengah Unit III KLIA menjalankan pemeriksaan di terminal kargo udara. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dagangan itu mengandungi bahan disyaki…