JPJ lancar nombor pendaftaran istimewa A A - Utusan Malaysia

JPJ lancar nombor pendaftaran istimewa A A

ANTHONY Loke Siew Fook (dua dari kanan) pada pelancaran nombor pendaftaran siri 'A A' sempena sambutan ulang tahun Hari JPJ ke-79 yang diadakan di Perak hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan nombor pendaftaran istimewa siri A A sebagai menyambut ulang tahun Hari JPJ ke-79 yang diadakan di Perak.

Menurut Jabatan itu, nombor siri itu akan dibuka bidaan selama lima hari secara dalam talian sistem JPJeBid bermula 19 April hingga 23 April ini pukul 10 malam.

“Nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri A A yang dimaksudkan adalah tanda indeks prefiks A (hadapan) dan surfiks A (belakang). Keputusan penawaran NPI ini akan diumumkan pada 24 April 2025,” menurut jabatan.

Pelancaran nombor pendaftaran tersebut dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang hadir bagi melancarkan majlis peluncuran sambutan ulang tahun Hari JPJ Ke-79 di sini hari ini.

Dalam pada itu Siew Fook juga berkata, modul Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Bahagian 01 (KPP01) motosikal dan motokar telah distruktur semula dan diintergrasikan, di mana calon hanya perlu menduduki satu kelas teori modul KPP01 sahaja bagi kedua-dua kelas kenderaan motor.

Ketika ini katanya, KPP01 melibatkan kelas motosikal dan motokar adalah berasingan iaitu sekiranya seorang calon telah mempunyai lesen memandu kelas motosikal dan berhasrat menambah kelas motokar, dia perlu menduduki semula modul KPP01 bagi motokar.

“Saya telah umumkan penambahbaikkan pada tahun 2023 di mana tiada lagi keperluan untuk perkara ini dilaksanakan.

“Lanjutan kepada ketetapan dasar tersebut, kedua-dua modul KPP01 motosikal dan motokar yang sebelum ini adalah berasingan, kini telah dikemaskini menjadi satu modul pembelajaran sahaja,” katanya.

Kata menteri tersebut, penggunaan modul itu dijangka berkuatkuasa pada penghujung tahun ini dan melihat langkah itu mampu menjimatkan masa serta kos selain meningkatkan keberkesanan pembelajaran dengan elemen-elemen yang bertindih boleh digabungkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN