JBPM bakal terima 16 anjing K9 dari United Kingdom

JBPM bakal terima 16 anjing K9 dari United Kingdom

BOMBA DAN PENYELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam proses pembelian sebanyak 16 ekor anjing bagi tujuan penggantian dan penambahan anjing unit anjing pengesan (K9) pada tahun ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, keputusan pembelian anjing K9 baharu dari United Kingdom (UK) itu dibuat atas faktor sebahagian daripada anjing K9 sedia ada telah melepasi had kecerdasan maksimum iaitu 12 tahun.

“Kali terakhir pembelian untuk penggantian anjing K9 adalah pada tahun 2017 dan setakat ini anjing K9 sedia ada adalah sebanyak 20 ekor.

“JBPM telah mengenalpasti dua baka sesuai untuk pembelian anjing K9 baharu tersebut berdasarkan kepada nasihat dan pengalaman iaitu baka Spanish Labrador Ratriever dan English Springer Spaniel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Menteri Besar, Negeri Sembilan bersama Warga JBPM Negeri Sembilan di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun

Menurut Nor Hisham, pihaknya akan mendapatkan anjing yang sesuai dengan persekitaran dan keperluan latihan dalam cuaca tropika.

“Selain itu, ada juga perancangan untuk melatih sebahagian anak anjing tersebut di Malaysia dengan kerjasama Genting World Berhad melibatkan latihan spesifik seperti disiplin dan kemahiran yang diperlukan untuk tugas K9.

“Proses pencarian awal sebanyak 20 ekor anak-anak anjing telah pun selesai di United Kingdom dan pada bulan Jun ini,akan mula menghantar tiga pegawai untuk bersama dengan jurulatih di sana bagi mengikuti sesi latihan sehingga kita dapat pilih 16 ekor anak anjing yang betul-betul bersesuaian.

“Dalam tiga bulan ini, proses pemilihannya meliputi daripada segi latihan dan disiplin. Jika anak anjing itu boleh ikut kepada latihan dan disiplin yang dikehendaki, kita akan pilih, jika tidak, kita akan buat pencarian dan pemilihan kemudian,”katanya.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, JBPM juga dalam peringkat perolehan aset sebanyak 30 buah kenderaan bomba (fire engine) baharu bernilai RM45 juta yang akan diterima dalam tempoh enam bulan melalui proses lupus dan tukar melalui syarikat yang dilantik.

“Pada masa sama, tender perolehan 200 buah kenderaan baru juga dibuka bagi atasi masalah berkaitan dengan kenderaan ringan (light utility vehicles) yang diperlukan untuk operasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya