Jangan percaya bulat-bulat - Ammar Alfian nafi kaki pukul - Utusan Malaysia

Jangan percaya bulat-bulat – Ammar Alfian nafi kaki pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ammar Alfian, menafikan dakwaan memukul teman wanita bernama Qhaisha selain menyifatkan perkongsian wanita tersebut sebagai tindakan terburu-buru.

Jelas Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 38, dia mendakwa wanita berkenaan seorang yang tidak matang yang cuba untuk mencalarkan imejnya sebagai selebriti.

“Sebab saya berbadan besar dan muka garang, awak guna karakter saya untuk perangkap saya.

“Tahun lepas awak buat benda yang sama (laporan polis) tetapi saya tak buat apa-apa pun dan biarkan sahaja sebab nampak betapa tidak matang serta terburu-burunya awak.

“Tetapi tahun ini, awak serang saya lagi dengan cerita yang sama dan kali ini melibatkan seorang yang tak bersalah iaitu Zane Gan (didakwa pihak ketiga) yang langsung tiada kena-mengena dalam hal ini,” katanya dalam InstaStory pada Isnin.

Maklum isu ini tular, pelakon Paskal itu mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai sepenuhnya perkongsian wanita tersebut di Instagram Story dan bakal menyelesaikan kemelut ini melalui jalan undang-undang.

“Saya ambil isu ini dengan serius dan secara sah. Saya akan buat ikut undang-undang.

“Masing-masing ada pendapat, tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

“Jangan percaya bulat-bulat dan dengar dari sebelah pihak sahaja. Terima kasih,” tulisnya.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan menerima laporan pelakon lelaki bertubuh sasa yang didakwa membelasah seorang wanita sehingga cedera di sebuah kondominium di Damansara.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam.

Terdahulu, wanita yang mengakui dirinya kekasih kepada pelakon, Ammar Alfian, Qhaisha, mendakwa menjadi mangsa pukul dan penderaan selebriti tersebut sejak setahun lalu.

Menurusi perkongsian di Instagram Story, Qhaisha turut memuat naik beberapa keping foto seperti lebam di bahagia mata dan lengan sebagai bukti untuk menguatkan dakwaan.

Tahun lalu, tular berita mengenai seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dipukul seorang artis lelaki dan ramai yang memetik Ammar sebagai individu yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, Ammar tampil menafikan dakwaan terbabit dalam ruangan komen Instagram. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya