Jangan panggil isteri kedua sebagai penyondol
SOALAN
Apakah hukumnya memanggil isteri kedua dan seterusnya ‘penyondol’ sedangkan dalam Islam, boleh bernikah sehingga empat, jika berkemampuan?
Rafeah
Kulim
JAWAPAN
Tidak boleh dipanggil penyondol kepada isteri kedua atau seterusnya kerana dia tetap seorang isteri yang sah seperti isteri yang pertama juga. Penyondol ini kepada wanita yang mengacau suami orang dengan tidak ada ikatan perkahwinan.
Guna mata wang kripto bayar zakat
SOALAN
Apakah hukumnya membayar zakat menggunakan mata wang kripto?
Muyskil
Klang
JAWAPAN
Masih di tahap perbincangan ulama tentang pembayaran zakat melalui kripto yang bergantung kepada fatwa ulama negeri dan pengurusan zakat setiap negeri untuk menerimanya atau tidak.
Mahu tunaikan hasrat ibu bapa yang sudah meninggal dunia
Mahu tunaikan hasrat ibu bapa yang sudah meninggal dunia
SOALAN
Bagaimana saya sebagai seorang anak ingin menunaikan impian orang tua saya yang berhasrat ingin menunaikan haji tetapi tidak kesampaian kerana mereka meninggal dunia?
Faris
Kampung Baru
Kuala Lumpur
JAWAPAN
Sekiranya tidak kesampaian kerana sudah meninggal dunia dalam keadaan mereka tidak mampu ketika hidup maka impian itu sudah digugurkan. Cukuplah dengan berdoa,niat bersedekah untuk mereka.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]