Jangan kempen berunsur fitnah - Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

Jangan kempen berunsur fitnah – Mohamad Sabu

MOHAMAD Sabu (tengah) beramah mesra dengan jentera kempen Amanah ketika merasmikan Jentera Pilihan Raya Amanah PRK Ayer Kuning di Tapah semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Parti pembangkang tidak seharusnya berkempen berunsur fitnah demi meraih undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sekiranya gabungan parti pembangkang mengkritik kelemahan kerajaan itu merupakan perkara biasa dalam politik.

“Takpalah itu hak mereka, tetapi kita harap kempen tidak berunsur fitnah. Kalau mengkritik kelemahan kerajaan yang mana patut dibuat mana, yang tak patut buat itu biasa dalam politik.

“Cuma elakkan fitnah. Saya pun pembangkang dahulu. Macam dahulu, orang kritik mengenai beras (beras putih tempatan) kita ambil langkah sehingga ada sedikit kelegaan,” katanya kepada pemberita di Kampung Tanjung Keramat di sini semalam.

Beliau berkata sedemikian selepas merasmikan Majlis Jentera Pilihan Raya Amanah – PRK N.48 Ayer Kuning.

Yang turut hadir calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir.

Lima Pusat Daerah Mengundi (PSM) iaitu Tanjung Keramat, Ayer Kuning, Ayer Kuning Selatan, Sungai Kroh dan Batu Tiga ditugaskan kepada Amanah untuk menarik sokongan pemilih kepada BN.

Media melaporkan, terdapat kumpulan penyokong PN di lokasi penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning semalam yang membawa sepanduk menyindir pemimpin kerajaan.

Karikatur itu didakwa merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Pada PRK DUN Ayer Kuning, calon BN Dr. Mohamad Yusri Bakir ditentang calon Perikatan Nasional (PN) Abd.Muhaimin Malek dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya